Monday, 29 December 2008

Al-kisahnya maksud nama



First of All, wish all of you Salam Maal Hijrah 1430..moga2 dapat tanamkan azam baik2 tahun ini dan melupakan yang buruk2 di tahun lepas..berhijrahlah...

Kali ni nak bercerita topik memberi nama..sebenarnya, nama Anis dan Aina tak ada dalam senarai permulaan kami (mama and papa)..tapi lain yang dirancang dikepala, lain pulak yang dapat (ala-ala last minute touch-up)..

Anis Syafiqah
- Anis maksudnya teman rapat dan Syafiqah pulak mesra/baik hati/penyayang. Kalau di gabungkan, teman yang mesra dan penyayang. Harap Anis boleh sentiasa menjadi teman rapat kami, ketawa dan berduka bersama, menghiburkan kami dan menjadi seorang yang penyayang (dah nampak penyayang dia bila suka sangat kiss Aina, hehe)..wallahualam la...



Nur Aina Syahmina - Nur maksudnya cahaya, Aina maksudnya mata kami dan Syahmina adalah cerdik. Moga-moga puteri kami yang kedua ni suka untuk menimba ilmu dan seterusnya menjadi bijak pandai kelak.Bijak dan cerdik bukan dunia sahaja, malah di akhirat..Bukan Aina sahaja, Anis pun nak jugak pandai...Insya-Allah..

Itulah kisahnya maksud nama yang diberi..walaubagaimanapun, nama yang baik tidak memberi apa-apa makna kalau kita sendiri tidak membentuk anak anak kita ke arah menjadi wanita solehah dan berguna di dunia amahupun di akhirat. Memberi nama yang baik adalah satu bonus permulaan, tetapi kalau kita tak membentuknya, nama-nama yang baik tadi menjadi tidak bermakna..so salah satu azam tahun baru (chewah..dah buat azam baru ni, nak jadi mama dan papa yang the best untuk anak2)..okaylah pen-off dulu..

2 comments: