Thursday 31 December 2009

Sebelum 2009 melabuhkan tirai...

... dua beradik ni dengan sporting memberikan pose2 istimewa sempena malam penutup 2009




Happy...


buat muka huduh....


chumels...


OK.... HAPPY NEW YEAR EVERYBODY....................

From
Anis & Aina

Thursday 24 December 2009

Gambar passpot

Anis ni susah betul kalau nak suruh begamba kat kedai, dah bbrpa kali bawak, masuk aje studio, dia nangis... jadi jalan penyelesaian utk dapatkan gambar passpot ni ialah dgn ambik siap2 kat rumah... bawak gi cuci kat kedai. Itu pun puas le memujuk, dapat le bbrpa pose yg ok. Alang2 dah buat untuk Anis, buat untuk Aina sekalilah. Jadi..... yg nilah pose pilihan juri....


Anis punyer... sengeh abih lebar, nmpk segala gigi


Nak dapatkan gambar si kecik ni pun bukan senang
Jenuh tukang pegang nak kontrol

Monday 21 December 2009

Splash!!





Lokasi : Belakang rumah
Komen : Anis dgn Aina sgt ler suka dapat peluang main air cenggini... alang2 kat rumah... main ler puas2

Thursday 17 December 2009

Aina turn 1



Happy 1st Birthday Baby.....

18 December 2009 / 1 Muharram 1030H
00:54 am





Perkembangan :
  • Boleh sebut beberapa perkataan - nak (bila nak sesuatu), jom, nana (refer diri dia), mama, papa, cacak(kakak Anis), cak, nene (nak susu), ba (bye)
  • Suka ikut apa kak Anis buat (meniru ler nih)
  • Manja dan jealous
  • Boleh wave bye2 dan buat flying kiss
  • Pandai dah salam
  • Semua benda dia kutip dan masuk mulut
  • Pantang bagi peluang panjat tangga, sekejap aje bleh naik sampai atas
  • Suka mencuba makanan dan minum apa sahaja.
  • Selalu nak ikut orang masuk toilet... dia akan buat konsert depan pintu toilet
  • Tiap kali bukak nappy dia dah tau nak campak dalam bakul sampah.

Tuesday 15 December 2009

Gedik santai

Foto saja suka2... dua beradik yg menggediks...

Anis yg susah nak ambik gambar skrg, tapi sekali dia berposing............... macam2 style jadinya.....Aina plak... blom pandai lagi... tapi nak tumpang semangkuk jugak..... layanz............






Wednesday 9 December 2009

Tuesday 24 November 2009

Aina ~ 11 bulan

Aina dah 11 bulan, dah macam2 yg dia pandai. Kalau pakaian tu dia tau nak acu ke mana, cth topi kat kepala, stokin kat kaki, tudung sangkut kat kepala jugak.

Makan macam2... semua yg kita makan dia akan makan. Pendek kat suap apa aje kat mulut dia semua dia telan.

Yang plg impress ialah Aina dah dapat kaki. Kira ringan jugakler dak kecik ni, sbb kak Anis berjalan ms umur 14 bulan.

Satu lagi kegemaran Aina ialah memanjat... kerusi, katil, tangga dan segala benda yang boleh dipanjat. Dan dia pandai turun jugak, versi mengundur. Cuma tak boleh dibiarkan sendiri ... takut accident plak.









Anis ~ 3 tahun 5 bulan

sangat sangat sangat banyak cakap... banyak tanya

suka menyanyi...

kalau barang dia, agak kedekut walaupun dengan aina









Wednesday 14 October 2009

Baju merah nan sepasang

Baju merah ni tok ngah jahit utk Anis... skrg dah senteng kalau Anis yg pakai, tapi kalau Aina pakai sedang2 elok ajer...




* Gambar atas ~ Usia Aina ms pakai baju ni ~ 9 bln lebih
* Gambar bawah ~ Usia Anis masa pakai baju ni dekat2 setahun setengah






Sunday 4 October 2009

Beraya ke rumah Mak Ngah

Anis dengan Aina gi beraya rumah che' Ngah hari ni... so kene pakai baju merah lah...



Pandang boleh, pegang jangan.
Sapa berani pegang, Anis temBAK.




Aina : Pedas lah che ngah jamu Aina makan laksa...



Wednesday 16 September 2009

Yea yea,,, dah nak raya



'Dik, akak mintak maaf sebab selalu buli adik ye'

Sunday 6 September 2009

Aktiviti harian kitorang

Hi all...

kiorang takde perkembangan terbaru... hari2 aktiviti sama, mengekor mama dgn papa. Kalau tak kluar jenjalan kitorang memain dalam rumah ajelah. Nak gi playground, mama kitorang tak bagi... maklumlah sekarang musim macam2 penyakit.

Jadi hari2 aktiviti kitorang ialah... menyepah rumah... kitorang suka sepah-sepah... sebab mama kitorang rajin kemas lepas tu (walaupun tiap kali mama kitorang kemas, kitorang kene dengar bebelan mama... kitorang dah lali hihi).




Main pondok2


Sorting wooden puzzle



Puzzle lagi



Megablock

Tuesday 25 August 2009

2A bersama rakan-rakan

Aktiviti yg dah berlangsung dua minggu yg lepas. Anis berjumpa dgn kawan lamanya ... Haris dan Syifa. Deorang ni sebaya... beza umur masing2 lebih kurang sebulan ajer. Aina plak 1st time jumpa deorang, dan dapat sorang lagi kawan... Aisyah Sumayyah (sori mama Aisyah kalau silap eja)... deorang berdua lahir bulan yg sama.

Aisyah dengan Haris baru balik dari UK... Syifa datang nun dari Batu Pahat. Anis dgn Aina memeriahkan majlis. Tak lama lagi Syifa pun nak dapat adik, bertambah le korum deorang.



Babies in da house ... Aisyah dan Aina




Kanak-kanak besar tengah sibuk main... takde pics posing2

Monday 24 August 2009

Hari pertama puasa

kekanak ribena ni awal pagi lagi dah buat projek... Anis tukang cari sekut... lepas tu 'ngap' ler...


Proses pengagihan sumber



Proses mengabiskan stok


2A : Jangan marah yer, kami tak cukup umur lagi

Sunday 23 August 2009

Nganga


Conteng

Hasil kreativiti kakak Anis... dah takde kertas, abis tangan, kaki dan pipi jadi tempat menunjukkan kreativiti....