Tuesday 25 August 2009

2A bersama rakan-rakan

Aktiviti yg dah berlangsung dua minggu yg lepas. Anis berjumpa dgn kawan lamanya ... Haris dan Syifa. Deorang ni sebaya... beza umur masing2 lebih kurang sebulan ajer. Aina plak 1st time jumpa deorang, dan dapat sorang lagi kawan... Aisyah Sumayyah (sori mama Aisyah kalau silap eja)... deorang berdua lahir bulan yg sama.

Aisyah dengan Haris baru balik dari UK... Syifa datang nun dari Batu Pahat. Anis dgn Aina memeriahkan majlis. Tak lama lagi Syifa pun nak dapat adik, bertambah le korum deorang.



Babies in da house ... Aisyah dan Aina




Kanak-kanak besar tengah sibuk main... takde pics posing2

Monday 24 August 2009

Hari pertama puasa

kekanak ribena ni awal pagi lagi dah buat projek... Anis tukang cari sekut... lepas tu 'ngap' ler...


Proses pengagihan sumber



Proses mengabiskan stok


2A : Jangan marah yer, kami tak cukup umur lagi

Sunday 23 August 2009

Nganga


Conteng

Hasil kreativiti kakak Anis... dah takde kertas, abis tangan, kaki dan pipi jadi tempat menunjukkan kreativiti....



Wednesday 19 August 2009

Aina ~ 8 bulan

Empat bulan lagi menjangkau usianya setahun.

Perkembangan ~

* merangkak dengan lajunya
* gigi atas dah kluar maknanya dah ada empat gigi. Nampak kat bahagian bawah ada tanda2 nak kluar lagi dua gigi
* boleh tepuk tangan, tekap tangan kat mulut ( buat wa-wa-wa nun bulan)
* makan apa saja yang disuap
* semua benda yang dia jumpa akan masuk mulut
* suaranya sangat kuat. kalau nangis kat tepi telinga mau bergegar gegendang...


Kat jusco...



muka selamba... masa ni br lepas kene marah dgn kak Anis



lambatnya rambut tu nak panjang... tak sabar nak kene tocang



selalu serius... jarang nak senyum



lepak kat bawah play station



budak ngantuk... tengok matanya nan redup.



Saturday 1 August 2009

cacak Anis 38 bln @ 3 thn 2 bln

Adik Aina skrg dah bising mulutnya mengomel... walaupun tak faham bunyinya cacacacak... apalagi, anis akan sahut "Ye... kakak kat sini"

macam le Aina faham apa yg disebutnya... tapi takpelah... maknanya antara deorang tu ada komunikasi... malah si kecik tu makin galak menegur akaknya...



Tengok tu... dah pandai susun domino sendiri
sekali ajar ajer... itu pun dah beberapa minggu lepas
tup-tup bila dia buat semalam.... dah siap yang tersusun

*
*
*
*
Tapi....

macam biasalah lepas main tinggal gitu ajer
kene orang lain plak yg jd tukang kemas



*
*
*

dah sekian lama tak main teletubbies,
tup2 minggu ni asyik main benda alah tu le plak
abih keluar drawing map tubbies dan segala patung2 kecik

nak tidur pun terpaksa diumpan dgn teletubbies jugak
kalau dibiarkan dia ni boleh berjaga sampai larut malam tau




Tiap2 hari kena main basikal
dah mahir tu...
Anis sayang sgt basikal ni
kalau kawan dia dtg, nak main benda lain takpe, tp tak bleh naik basikal ni