Sunday 29 March 2009

Bila 2A beraksi

Macam2 aksi boleh ditengok bila dua anak dara ni berdua... Paling best bleh tgk mcm2 expresi memek muka deorang... Jom tengok


Bosan plak hari ni tak ke mana... jom adik kita posing


Nganga mulut cenggini...


Tunjuk lidah cenggini...


Tunjuk jari cenggini...


Oklah... kami dah penat... nak susuuuuu....

Anis 2 thn 10 bln

Lagi dua bulan nak celebrate besday ke tiga...
Anis makin cerdik... makin banyak cakap, banyak tanya dan banyak ragam!!
Stay Cute girl.




Aina 100 days

Aina... terbaru



Aina... masa br join club 'budak botak'



Aina ... tiga bulan...

Saturday 28 March 2009

Sayang sayang adik kakak

Kak Anis sayang sangat dengan adik Aina, mana ada Aina.. kat situlah ada kak Anis...










Kadang2... kak Anis pun boleh ganti tempat mama... kalau emergency adik Aina nak susu kak Anis sedia membantu....

Fesyen musim panas

Cuaca sekarang 'panas' btol... bila ter'over' panas... mulalah kanak2 ribena ka rumah ni tak tentu arah... salah satu cara nak sejukkan badan... mestilah berendam lelama dalam air... kalau kat oversea bleh le berendam tiap hari dalam bath-tub, tp malangnya ekonomoney lah nak pasang tub mandi kat rumah...



Posing seksi drpd Aina


Posing seksi drpd Anis...



Wednesday 25 March 2009

Yang ni peace version Aina

Peace jugak, last last jari masuk dalam mulut lagi la 'peace'..



Peace No War

Sajer sajer letak gambar 'mek' Anis yang cuba nak buat peace...



Thursday 19 March 2009

Dah start dah....

mmm..dah start dah..Anis dah start ajar Aina buat memek muka cam dia..tapi sayang, Aina nak buat lebih2 pun gigi takde lagi..walaubagaimanapun Aina tetap memberi kerjasama kepada Anis (kes tak nak bagi kakak pukul la ni..)

"nak senyum buat cenggini...."



"muka tergezut cenggini...tapi sama la pulak ngan kartun ni dik.."



"cenggini tok sah tiru la dik..tak berapa elok, seksi sangat, adik kecik lagi..."

Wednesday 18 March 2009

Memek muka



Anis kalau disuruh buat memek buka..cenggini la jadinya...mmm..yang si kecik pun dah pandai tiru kakaknya tapi tak dapat2 nak snap lagi gambor si kecik tu..



Monday 16 March 2009

Gelagat 2A

Lama tak hupdate blog ni...asyik error connection ajer...ni pun malas nak tulis panjang2 takut error lagi..penat den menulis nya.

"Macam best jer cerita kak anis ni..tapi satu pun tak paham, laju sangat",Aina.



"Susah jugak nak jaga adik sorang ni...",Anis.



"Oklah dik, mai kita pose istimewa kepada peminat kat luar sana..", Anis.



Monday 9 March 2009

Gadis Kaca Mata

Kak Anis punyer keje... pakaikan spek kat Aina... bergaya tak Aina??



Dah bergaya, jom adik Aina... kita gi shopping...

Sunday 8 March 2009

La Stella Water Theme Park

Cuaca cerah.... memandangkan esok cuti umum sempena Maulidur Rasul... bolehlah hari ni beraktiviti outdoor....




dah sampai... jom kita gi swimming... kak Anis bersemangat waja tolak adik Aina...




Dah sampai kat kolam... taknak tukar baju plak... lepas tu nangis tak pandang orang sekeliling dah... bawak masuk dalam air makin kuat dia nangis... apa daaaa...




Sementara itu, adik Aina plak cool je




Apalah yang riuh tue... Aina relak je bersantai bawah pokok kelapa




Tak jadi mandi kolam, gi mandi kat changing room... bila ditanya kenapa Anis tak nak mandi kat kolam... dia jawab "Anis malu"




Dah... jom Aina , kita balik mandi kat rmh aje, bleh mandi manda tanpa segan silu




Kesimpulannya... Anis blom lulus lagi nak pegi swimming di khalayak ramai... ;)

Friday 6 March 2009

Aina 2 mos 2 weeks 2 days

Bila tgk ticker , hr nni rupanya aina dah 2 bln 2 minggu dan 2 hari usianya.








*** Gambar terbaru akan dimasukkan kemudian...

Sunday 1 March 2009

2y 9mos

Lagi tiga bulan nak sambut b'day ketiga Anis...

Macam2 dah yang Anis pandai, pandai mengarah, pandai merajuk, pandai membebel etc.

Bab membebel ler paling pandai... bukak aje mata mulut dia pun trs pot-pet tak berenti sampailah dia tido. Kekadang dalam tido pun blh bercakap lagi

Anis baca majalah deco... siap tunjuk tu nak katil bentuk kereta, nak bilik air ada bath tub, kat dinding letak bunga2, almari dan mcm2... besar esok nak jd interior design kot (amin)




Anis suka baca buku... dan sepah2 buku... kalau dah dikemas dia akan gi ambik sendiri dekat rak... tak sampai nak ambik ... siap panjat lagi... jaga2... tak pasal2 jatuh macam buah nangka kang




Kalau kene tegur a.k.a marah dia akan buat muka seposen macam ni... macam takde apa2 berlaku....




Sekarang kalau nak ambik gambar dia tak ske pandang kamera... kalau dia pandang kamera jugak dia akan senyum cenggini....




Tapi kalau mood dia baik, bila dia main siap suruh ambikkan gambar dia lagi...




Satu lagi sifat terpuji Anis... dia ni jujur tau. Contoh :

MaPa : Anis ber*k ke?
Anis : Tak ber*k, kentut aje ;)

MaPa : Kenapa Aina nangis?
Anis : Kak Anis gigit Aina